Search

Rehat Yang Paling Best - Kerja Luar Rumah
  • Share this:

Rehat Yang Paling Best - Kerja Luar Rumah

Setelah duduk di atas kerusi mengadap zoom hampir 8 jam sejak awal pagi, aktiviti menyapu daun2 kering di laman rumah amat menghiburkan. Duduk lama berhadapan skrin memang tidak sihat. Cuba elakkan kalau boleh.

Di samping aktiviti menyapu, ada juga orang yang meneman saya. Macam2 aktiviti yang dibuat di laman rumah sehinggalah sebelum waktu maghrib. Cucu pun terhibur.

Besok pagi saya cadang nak mesin rumput di laman belakang rumah. Mesin pemotong dah sampai lama. Cuma diari kerja agak padat dan sarat sepanjang hari tak kira hari kerja atau hujung minggu.

Tak sabar nak melandaikan rumput2 liar di laman belakang rumah. Teruja. Pokok betik pun sudah mengeluarkan bunga. Ada rezeki, ada buah nanti. Keterujaan berganda.

MDB


Tags:

About author
not provided
Pengerusi Eksekutif Amanie Group, Presiden IIUM ke 8, Pengerusi Majlis Penasihat Syariah Bank Negara
View all posts